Sejarah

Umum sering mengasosiasikan Anugerah S.E.A. Write dengan kerajaan Thai, malah ada calon penerima yang menolak anugerah ini lantaran satu bentuk protes terhadap kerajaan Thai atas sebab-sebab tertentu. Hakikatnya, anugerah ini adalah hasil gemblengan tenaga anggota bukan kerajaan (NGO) yang sungguh-sungguh percaya bahawa dalam mengangkat martabat kesusasteraan di rantau ini adalah tanggungjawab bersama.

Authors' Lounge di Hotel Mandarin Oriental, Bangkok

Latar Belakang 

Sumber di sini
Sejak penubuhannya, Hotel Mandarin Oriental, Bangkok sering dikaitkan dengan pengarang-pengarang terkenal dunia. Sejarah telah mencatatkan bahawa ramai pengarang terkenal ini pernah bermalam ataupun sekadar singgah di hotel ini. Perkaitan antara Hotel Mandarin Oriental dan dunia kesusasteraan terus dibuktikan melalui Authors' Wings yang menempatkan kamar-kamar besar (suite) yang dinamakan sempena tokoh pengarang terkemuka dunia iaitu Joseph Conrad, Somerset Maugham, Noel Coward dan James Michener. Manakala, suite di bahagian River Wing pula turut dinamakan sempena nama-nama pengarang seperti Graham Greene, John le Carre, John Steinback, Iris Murdoch, V.S. Naipaul  dan Barbara Cartland.

Bermula pada tahun 1979, Anugerah S.E.A. Write bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan kreativiti pengarang rantau ASEAN sebagai satu bentuk sumbangan terhadap tradisi persuratan. Idea asalnya bermula daripada diskusi antara pihak pengurusan Hotel Mandarin Oriental Bangkok, Thai Airways International dan Italthai Group of Companies.

Yang Teramat Mulia Putera Prem Purachatra telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. Organasasi terawal ini telah mendapat sokongan daripada PEN International Thailand-Centre dan juga Persatuan Penulis Thailand. Kemudiannya, sokongan demi sokongan diterima daripada pihak Yayasan Jim Thomson, Bangkok Bank dan Thai Beverage PLC. Kesemuanya menjadi bersama-sama menjadi ahli jawatankuasa dalam menganjurkan acara berprestij ini.

Objektif Anugerah S.E.A. Write : 
  • Mengiktiraf kreativiti pengarang dari rantau ASEAN
  • Mewujudkan kesedaran dan pemahaman meluas tentang kekayaan sastera dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN
  • Memberi penghargaan dan mempromosikan bakat-bakat kesusasteraan penulis kreatif dari negara-negara Asia Tenggara
  • Menghimpunkan para pengarang dan penulis Asia Tenggara yang berbakat besar


Penganjur dan penaja Anugerah S.E.A. Write :

Hotel Mandarin Oriental Bangkok
Thai Airways International












Bangkok Bank


Writers' Association of Thailand







Italthai  Group of Companies

PEN International Thailand-Centre












Jim Thompson Foundation